Saturday, December 17, 2011

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 - 2012 年中三文学选集


ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 - 2012

Antologi Teks Komponen SASTERA dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu yang akan diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 di seluruh negara mulai 2012 yang mengandungi 23 karya pelbagai genre sastera yang terdiri daripada puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Selamat membaca dan menghayati kesemua karya sastera sekali gus menjawab soalan pemahaman peringkat PMR 2012 buat kali pertama.

JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN
MENGIKUT GENRE
Bil Jenis Genre Antologi
Harga Sebuah Lukisan
1 Puisi tradisional • Pantun Empat Kerat (Muafakat)
• Pantun Nasihat (Bersatu hati)
• Pantun Berkait (Bekerja)
• Syair Panduan Untuk Para Remaja
• Syair Berbuat Jasa
• Syair li-Attar Gaib
2 Sajak • Fragmen Sebuah Kehidupan
• Kata-kata
• Keusangan Budaya
• Seorang Insan Istimewa
• Pesan Buat Anak-anak Merdeka
• Rumput
3 Prosa Tradisional • Hikayat Seri Kelantan
• Hikayat Patani
• Hikayat Marakarma
• Kuda Janggi Gerdana
4 Cerpen • Mutiara Bonda
• Segala Yang Tercinta Ada Di Sana
• Harga Sebuah Lukisan
• Budi Semangkuk Daging
• Mencari Nafas Baharu
5 Drama • Sebuah Perjuangan
• Cabaran
Jumlah Karya 23
Dicatat oleh: Guru Cemerlang BM

Thursday, November 3, 2011

2012 Nove Baharu Negeri Johor Tingkatan 3 -2012 中三 新长篇小说 Cempaka Putih Untukmu

Novel Cempaka Putih Untukmu (Novel Tingkatan Tiga 2012 bagi Zon Johor, Sabah dan Sarawak)

http://twoohiok.files.wordpress.com/2011/10/cempaka-putih.jpg?w=194&h=294Gambar Buku Klick Di Sini !!!

Bermula tahun 2012, novel Tingkatan Tiga akan ditukar semula. Bagi Zon Johor, Sabah dan Sarawak, novel komponen sastera ialah Cempaka Putih Untukmu. Karya daripada Puan Rohani Deraman. Setelah cikgu membaca buku novel ini, saya mendapati bahawa novel ini memang sesuai sebagai bahan bacaan Tingkatan Tiga. Bahasa yang digunakan bersahaja dan mudah difahami sesuai untuk semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Novel ini yang bertemakan persahabatan antara dua kaum juga selaras dengan hasrat negara kita untuk melahirkan masyarakat yang harmoni. Perkembangan plot secara kronologi akan memudahkan pelajar memahami cerita berkenaan tetapi menarik kerana disispkan pelbagai kejutan dan saspens. Tahniah dan Syabas kepada Puan Rohani Deraman yang berjaya menghasilkan karya yang bermutu untuk remaja kita. Semoga beliau akan terus berjuang untuk menghasilkan karya yang lebih unggul dan terbilang. Seterusnya saya akan berusaha untuk menyediakan pengetahuan komsas tentang novcl tersebut kepada pelajar Tingkatan Tiga 2012 sebagai rujukan.

Sinopsis tentang Novel Tingkatan Tiga 2011 -Cempaka Putih Untukmu Tema dan Persoalan Novel Cempaka Putih Untukmu Watak dan Perwatakan Novel Cempaka Putih Untukmu Latar Novel Cempaka Putih Untukmu Nilai dan Pengajaran Novel Cempaka Putih Untukmu

Karangan Panjang PMR Berpangkat A 优质 A 等 作文

Copy of logo ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 25 / 9 / 11

** Peringatan mesra : 温馨提示Rujuk , tiru , hayati karangan cemerlang ini untuk meningkatkan kemahiran penulisan kamu !!

PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL / MEMBENTUK MODAL INSAN / JATI DIRI LUHUR

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. ( Ayat Arahan )

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Misalnya , ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak merekabagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

Secara tuntasnya, sudah terang lagikan bersuluh , segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Karangan Berpandu PMR Gred A 看图作文

Copy of logo ^^ Disediakan Agata/ Jayadidik / Cikgu LI / 13/ 9 / 11

http://karanganspm.com/wp-content/uploads/2010/08/ALAM-SEKITAR1.jpg

KARANGAN BERPANDU PMR CONTOH GRED A

[Ayat Rangsangan :Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang serius. [Ayat Arahan : Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk menjaga alam sekitar.

[Ayat Topik 1: Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam.

[Ayat Topik 2: Isi penting 2 ] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan. [Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.

[Ayat Topik 3 : Isi penting 3 ] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.

[Ayat Topik 4 : Isi penting 4 ] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran. Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara.

[Ayat Cadangan] Tuntasnya , kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan !

[ 119 patah kata ]

Komen **- Karangan ini tergolong dalam Gred A (16 – 20 ). Karangan ini menepati tugasan. Penguasan bahasa pula cukup baik. Di samping isi tersurat,terdapat isi tersirat. Hal ini menampakkan kematangan minda pelajar.